Kluster ini berfungsi untuk merancang, menyelaras dan menerbitkan penerbitan ilmiah, separa ilmiah dan bukan ilmiah dalam pelbagai kategori penerbitan seperti jurnal, buku, majalah, laporan dan penerbitan-penerbitan lain. Antara penerbitan berkala ISM adalah International Journal of Social Policy and Society (IJSPS), Majalah Paradigma Sosial, Laporan Tahunan, Buku Tiada Yang Mustahil dan Buku Wanita Bangkit.

KRD juga bertanggungjawab sebagai pusat repositori data bagi ISM untuk merekod bahan penerbitan ISM, hasil kajian serta penyelidikan dalam data terbuka.
 

Fungsi Kluster 

  • Menerbitkan buku ilmiah, separa ilmiah dan bukan ilmiah.
  • Mengurus artikel jurnal dalam International Journal of Social Policy and Society.
  • Merancang, menyelaras dan mengendali bengkel yang berkaitan penerbitan dan penulisan.
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan.
  • Urus setia Mesyuarat Lembaga International Journal of Social Policy and Society (IJSPS).
  • Mengumpul maklumat asas data kursus/ bengkel/ program/ penerbitan ISM (repositori).