Pengenalan

Pusat Pengajian Pembangunan Komuniti (PPPK) berfungsi dalam melaksanakan pelbagai kursus / bengkel / seminar dalam bidang pembangunan sosial dan kemasyarakatan kepada penjawat awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sukarelawan, masyarakat awam serta individu yang berminat.

Selain menganjurkan pelbagai kursus / bengkel berkaitan, PPPK juga menganjurkan pelbagai seminar secara dalam talian.

  1. Menyelaras dan mengendalikan kursus serta program latihan yang berkaitan kerja sosial ;
  2. Melaksanakan kurikulum kursus;
  3. Menyelia kursus yang dijalankan;
  4. Membuat penilaian keatas
  5. Merancang kursus baru ;
  6. Mengadakan Seminar / Bengkel yang berkaitan dengan kemahiran sosial ;
  7. Menyelaras pelaksanaan Program Wacana Ilmu (Social Talk ISM).

  1. Membuat penyelidikan dan merangka kurikulum kursus berkaitan pengurusan dan pembangunan organisasi sosial;
  2. Mengenalpasti, menghebah dan memilih peserta dari kalangan pengamal sosial;
  3. Merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan/kursus berkaitan pembangunan nilai diri dan minda pengamal sosial;
  4. Memantau dan menilai pencapaian objektif kursus;
  5. Mengkaji semula dan menambahbaik pembangunan kurikulum dan penceramah serta pengendalian kursus;
  6. Keurusetiaan bagi Jawatankuasa Akademik dan Kurikulum ISM.

Pusat Pengajian Pembangunan Organisasi Sosial melaksanakan tugas-tugas penyelarasan, pelaksanaan program wacana, rundingan, mewujudkan jaringan dan hubungan dengan pihak-pihak dalam dan luar negara bagi bagi memastikan program latihan, penyelidikan, penerbitan dan kolaborasi strategik dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan bagi memastikan ISM dapat mencapai misinya sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pembangunan sosial di Malaysia.

Tanggungjawab Utama:

  1. Mengadakan jaringan dan hubungan dalam dan luar negara;
  2. Menyelaras Pelan Strategik dan Hala Tuju ISM;
  3. Menyelaras perkara-perkara berkaitan urusan Parlimen;
  4. Menyelaras penyediaan dan pemantauan KPI ISM;
  5. Menyelaras pelaksanaan Program Wacana Ilmu (Executive Talk ISM);
  6. Menyelaras hal ehwal berkaitan Majlis Felo ISM (diwakili oleh ahli-ahli akademik dan panel pakar rujuk yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam dasar dan pembangunan sosial); dan.
  7. Menyelaras MoU / MoA ISM dengan pihak luar.