• Kursus ini bertujuan untuk memahami krisis/ bencana dan impak psikologi ke atas mangsa, memahami dan mengaplikasi prinsip tindakan Psychological First Aid (PFA) dalam membantu mangsa yang berada dalam krisis dan memahami serta mempraktikkan penjagaan kendiri apabila membantu orang lain.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video, perbincangan kumpulan, latihan amali dan simulasi. 

Kandungan Kursus
  1. Ujian Kefahaman sebelum Kursus PFA/ Ice Breaking
  2. Pengenalan Krisis dan Bencana di Malaysia
  3. Isu-Isu Kesihatan Mental dan Impak ke atas Mangsa
  4. Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid): Prepare, Look, Listen and Link
  5. Intervensi Krisis dan Trauma
  6. Simulasi Senario Kes PFA
  7. Simulasi Senario Kes Intervensi Krisis
  8. Penjagaan Kendiri (Self-Care)

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada Penyelaras Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri/ Daerah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sukarelawan, Pelajar dan individu yang berminat. 


Tempoh Kursus

12 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Kursus ini memperkenalkan ilmu asas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai asas untuk berkomunikasi dan menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di samping mewujudkan persekitaran sosial dan masyarakat yang inklusif.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, penerangan, latih amal, praktikal, rakaman video kerja kursus dan kuiz.

Kandungan Kursus
  1. Mengenali Orang Pekak
  2. Komunikasi Orang Pekak
  3. Praktis Bahasa Isyarat dalam:
    1. Pengenalan Diri dan Keluarga
    2. Tempat Tinggal/ Negeri
    3. Pekerjaan
    4. Jadual dan Cuaca
    5. Topik Khas

Kumpulan Sasar

Terbuka


Tempoh Kursus

20 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 1). Dalam kursus ini peserta akan dilengkapi dengan kemahiran lanjutan berkaitan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk berkomunikasi dan menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di samping mewujudkan persekitaran sosial dan masyarakat yang inklusif.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, tutorial, kerja kursus kumpulan dan kuiz.

Kandungan Kursus
  1. Budaya Orang Pekak
  2. Bahasa Isyarat: Suaikenal
  3. Bahasa Isyarat: Ekspresi
  4. Bahasa Isyarat: Kata Tanya
  5. Bahasa Isyarat: Kata Bantu
  6. Bahasa Isyarat: Tempat Menarik
  7. Bahasa Isyarat: Makanan
  8. Bahasa Isyarat: Minuman
  9. Bahasa Isyarat: Kesihatan
  10. Bahasa Isyarat: Komunikasi dengan Orang Pekak (Topik Khas)

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada peserta yang telah menghadiri Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 1). 


Tempoh Kursus

20 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung dengan memperolehi ilmu dari segi kemahiran mengurus sebuah organisasi kesukarelawanan dan mengamalkan teori yang dipelajari di peringkat asas pertengahan serta lanjutan. Seterusnya, melahirkan sukarelawan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam kerja sukarelawan.

Pra-Syarat :  Telah menghadiri Bengkel Sukarelawan Jiwa Malaysia (Peringkat Pertengahan)  


Kandungan Kursus
  1. Pengetahuan Perundangan
  2. Kemahiran Pembentukan Kertas Kerja dan Pengurusan Kewangan
  3. Pengurusan Konflik
  4. Pemerkasaan Komuniti
  5. Kemahiran Advokasi
  6. Penulisan Laporan

Kumpulan Sasar

Terbuka


Tempoh Kursus

12 Jam


Maklumat Urusetia
Nama:
Emel:
No. Telefon:

Yuran

RM 30


Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung:

  • Memperolehi ilmu dan kemahiran kepimpinan serta pengurusan dalam organisasi kesukarelawanan di peringkat komuniti;
  • Membina jaringan sesama kepimpinan kesukarelawanan di peringkat komuniti; dan
  • Mengaplikasi ilmu dan kemahiran kepimpinan serta pengurusan kesukarelawanan di peringkat komuniti.

Pra-Syarat: Telah menghadiri Bengkel Sukarelawan Jiwa Malaysia (Peringkat Asas)


Kandungan Kursus
  1. Pengurusan dan Pembentukan Keupayaan
  2. Silang Budaya, Agama dan Kumpulan Rentan
  3. Pengurusan Mesyuarat Dalam Kerja Kesukarelawanan
  4. Jaringan Hubungan 
  5. Memenangi Hati Kumpulan Sasar Dalam Kerja Kesukarelawanan
  6. Pengurusan Stress
  7. Pangkalan Data Sukarelawan

Kumpulan Sasar

Terbuka


Tempoh Kursus

16 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti definisi, matlamat, jenis dan manfaat kesukarelawanan, memahami falsafah, prinsip dan kemahiran asas kesukarelawanan serta mendemonstrasikan kemahiran kesukarelawanan.

Kandungan Kursus
  1. Penilaian Tinjauan Terhadap Sukarelawan (Minat & Halatuju)
  2. Pengenalan Kepada Kesukarelawan Falsafah & Perkembangan Kesukarelawan
  3. Konsep-Konsep Asas Dalam Kesukarelawan (takrifan,prinsip dan etika kerja sukarelawan)
  4. Syarat, Hak serta Tanggungjawab Sukarelawan
  5. Teori Kesukarelawan
  6. Peranan Sukarelawan Sektor Sukarela
  7. Kemahiran Asas Sukarelawan
  8. Isu, Cabaran dan Halangan Kerja Sukarela di Malaysia

Kumpulan Sasar

Terbuka


Tempoh Kursus

18 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM30


  • Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS) merupakan program kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai tahun 2015 dan mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).
  • Program ini bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang menguasai ilmu kerja sosial, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan.

Kandungan Kursus
  1. SKPW5002 Pengantar Kebajikan dan Kerja Sosial
  2. SKPW5012 Teori dan Praktis Kerja Sosial
  3. SKPW5022 Kesejagatan Tingkah Laku Manusia dan Persekitaran Sosial
  4. SKPW5032 Prinsip dan Etika
  5. SKPW5042 Praktis Kerja Sosial Individu dan Keluarga
  6. SKPW5052 Pengurusan dan Pentadbiran Kerja Sosial
  7. SKPW5062 Kemahiran Asas Kerja Sosial
  8. SKPW5072 Praktis Kerja Sosial Kumpulan
  9. SKPW5082 Praktis Kerja Sosial Komuniti
  10. SKPW5092 Kemahiran Penyelidikan dalam Bidang Kerja Sosial
  11. SKPW5102 Kerja Sosial dan Perundangan Sosial
  12. SKPW5112 Kerja Sosial Pelbagai Budaya
  13. SKPW5116 Praktikum

Kumpulan Sasar

Pegawai Pembangunan Masyarakat yang berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).


Tempoh Kursus

1 Tahun


Maklumat Urusetia

Yuran

Tertakluk Kepada Kelulusan Akademik


  • Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang komprehensif kepada peserta untuk memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan berasaskan pada perspektif Model Sosial Ketidakupayaan, mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu ketidakupayaan (disability) di samping dapat mengenalpasti puncanya serta memberi latihan dan panduan kepada peserta bagi mewujudkan persekitaran dan masyarakat yang bersifat inklusif.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video, perbincangan dan latihan amali.

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Pengenalan kepada DET dan Memahami Ketidakupayaan
  3. Berinteraksi dengan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pendedahan Cara Membantu OKU
  4. Merancang Pelan Tindakan
  5. Simulasi

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada individu yang berminat.


Tempoh Kursus

12 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip andragogi dan pendidikan dewasa, membincangkan peranan jurulatih, ciri – ciri jurulatih berkesan, prinsip dan teknik latihan, penyampaian berkesan, penilaian latihan (pengetahuan) dan mengaplikasi kaedah pengajaran dalam sesi latihan.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz dan pembentangan

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Andragogi dalam Pendidikan Dewasa
  3. Ciri-ciri dan Sikap Jurulatih
  4. Pengenalan kepada Gangguan Seksual, Kesan Terhadap Mangsa serta Tindakan dan Langkah yang Perlu Diambil oleh Mangsa 
  5. Kemahiran Advokasi bagi Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840)
  6. Analisis Keperluan Latihan
  7. Kaedah Penyampaian Latihan
  8. Kaedah Penyediaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
  9. Persediaan Teknik Pengajaran Mikro (Micro Teaching)
  10. Praktikal untuk Teknik Pengajaran Mikro (Micro Teaching) - Pembentangan
  11. Sesi Refleksi Pembelajaran/ Rumusan

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada mereka yang telah menghadiri Bengkel Pemahaman dan Kesedaran Gangguan Seksual serta lulus Ujian Psikometrik. 


Tempoh Kursus

28 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

Percuma


  • Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip andragogi dan pendidikan dewasa, membezakan ciri serta sikap jurulatih dan peserta latihan serta kaedah pengucapan awam yang berkesan dan kurang berkesan dan mengaplikasi kaedah pengajaran dalam sesi latihan.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio dan kuiz.

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Andragogi dalam Pendidikan Dewasa
  3. Ciri-ciri dan Sikap Jurulatih
  4. Persembahan Latihan
  5. Kaedah Penyampaian Latihan
  6. Bahan Pengajaran dalam Penyampaian Latihan
  7. Penilaian Keberkesanan Latihan Berdasarkan Reaksi Peserta
  8. Penilaian Keberkesanan Latihan Berdasarkan Pemindahan Latihan
  9. Sesi Refleksi Pembelajaran

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada mereka yang telah menghadiri Bengkel Pengurusan dan Praktis Kesukarelawanan. 


Tempoh Kursus

26 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

Percuma