- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang sejarah perkembangan dan kepentingan kerja komuniti serta penjelasan secara menyeluruh berkenaan model, konsep utama dan peranan pekerja komuniti. Selain itu, proses kerja untuk melaksanakan kerja komuniti dan cara penyediaan draf cadangan kerja komuniti akan dipelajari secara terperinci.
Kandungan Kursus
- Pengenalan Kerja Sosial dengan Komuniti
- Model dan Proses Kerja Komuniti
- Penilaian Kerja Komuniti
- Perancangan Intervensi Kerja Komuniti
- Pelaksanaan Kerja Komuniti
- Penilaian Akhir dan Penamatan Kerja Komuniti
- Kerja Lapangan Bagi Kerja Komuniti
- Memobilisasikan ahli komuniti
- Perbincangan dalam kumpulan
- Pembentangan dan Perbincangan
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
24 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang krisis/bencana serta isu-isu kesihatan mental dan cara mengaplikasi prinsip tindakan Bantuan Awal Psikologi (PFA) dalam membantu mangsa krisis/bencana dalam komuniti. Peserta dapat mempelajari cara mempraktiskan penjagaan kendiri apabila membantu orang lain dan menilai tahap keseriusan gangguan yang dialami oleh mangsa semasa krisis/bencana.
Kandungan Kursus
- Ujian Pra PFA dan ice breaking
- Pengenalan krisis dan bencana di Malaysia
- Isu-isu kesihatan mental dan impak ke atas mangsa
- Kemahiran asas menolong dalam krisis
- Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid) PFA
- Penilaian dan pentaksiran krisis: Berdasarkan ALGEE/ TAS/ DASS
- Intervensi krisis dan trauma
- Pengendalian sesi kelompok
- Simulasi senario kes
- Penjagaan kendiri (Self care)
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
24 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang model-model dan teori-teori sosial yang digunakan dalam pengurusan kes. Perisian kursus adalah melalui kaedah penyampaian ceramah, perbincangan, pembentangan, ujian dan latihan simulasi.
Kandungan Kursus
- Pengenalan teori-teori dan model-model sosial
- Teori Perkembangan Psikososial
- Teori Pembelajaran Sosial
- Teori Keperluan Manusia
- Teori Attachment
- Teori Konflik
- Teori Sistem dan Ekologikal
- Teori Pemerkasaan
- Intervensi Krisis
- Model Solution Focus
- Model Problem Solving
- Model Cognitive Behaviour
- Model Task Centered
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
28 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
Buat masa ini, ISM hanya mempunyai satu (1) program yang mendapat akreditasi daripada MQA iaitu Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial (DPKSKS). ISM kini dalam usaha untuk melaksanakan kursus-kursus bertaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Kesukarelawan, Warga Emas dan Kanak-kanak.
Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial dirangka bagi memenuhi keperluan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk meningkatkan profesionalisme pekerja sosial. Program ini bermatlamat untuk melahirkan pekerja sosial yang menguasai ilmu kerja sosial, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam tugasan harian.
Pengendalian program ini menerapkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat melalui pendekatan dewasa. Pelaksanaan program menerusi pembentangan seminar dan latihan praktikum membolehkan pelajar mengaplikasikan semua nilai, etika, teori dan kemahiran dalam bidang kerja sosial ketika menjalankan praktik kerja sosial dengan individu, keluarga, kumpulan, organisasi dan komuniti.
Kandungan Kursus
Kumpulan Sasar
Tempoh Kursus
Maklumat Urusetia
Yuran
- Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS) merupakan program kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai tahun 2015 dan mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).
- Program ini bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang menguasai ilmu kerja sosial, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan.
Kandungan Kursus
- SKPW5002 Pengantar Kebajikan dan Kerja Sosial
- SKPW5012 Teori dan Praktis Kerja Sosial
- SKPW5022 Kesejagatan Tingkah Laku Manusia dan Persekitaran Sosial
- SKPW5032 Prinsip dan Etika
- SKPW5042 Praktis Kerja Sosial Individu dan Keluarga
- SKPW5052 Pengurusan dan Pentadbiran Kerja Sosial
- SKPW5062 Kemahiran Asas Kerja Sosial
- SKPW5072 Praktis Kerja Sosial Kumpulan
- SKPW5082 Praktis Kerja Sosial Komuniti
- SKPW5092 Kemahiran Penyelidikan dalam Bidang Kerja Sosial
- SKPW5102 Kerja Sosial dan Perundangan Sosial
- SKPW5112 Kerja Sosial Pelbagai Budaya
- SKPW5116 Praktikum
Kumpulan Sasar
Pegawai Pembangunan Masyarakat yang berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Tempoh Kursus
1 Tahun
Maklumat Urusetia
Yuran
Tertakluk Kepada Kelulusan Akademik
- Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang komprehensif kepada peserta untuk memahami isu-isu berkaitan ketidakupayaan berasaskan pada perspektif Model Sosial Ketidakupayaan, mengubah pandangan dan persepsi masyarakat terhadap isu ketidakupayaan (disability) di samping dapat mengenalpasti puncanya serta memberi latihan dan panduan kepada peserta bagi mewujudkan persekitaran dan masyarakat yang bersifat inklusif.
- Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video, perbincangan dan latihan amali.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Pengenalan kepada DET dan Memahami Ketidakupayaan
- Berinteraksi dengan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Pendedahan Cara Membantu OKU
- Merancang Pelan Tindakan
- Simulasi
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada individu yang berminat.
Tempoh Kursus
12 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja kumpulan kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari dan memahami jenis-jenis kumpulan dan peranan pekerja sosial serta tahap-tahap perkembangan kerja kumpulan.
Kandungan Kursus
- Pengenalan Kerja Sosial Kumpulan
- Teori dan Model Kerja Sosial Kumpulan
- Pembangunan kerja kumpulan
- Penaksiran dalam Kerja Sosial Kumpulan
- Perancangan Kerja Sosial Kumpulan
- Pelaksanaan Kerja Sosial Kumpulan
- Penamatan proses kerja sosial kumpulan
- Kerja lapangan
- Refleksi kerja sosial kumpulan
- Perbincangan dan pembentangan kumpulan
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
24 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja sosial kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari cara mengaplikasikan kemahiran secara berkesan dan berterusan dalam praktis kerja sosial.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kerja kes (individu) dan keluarga
- Kemahiran Teknikal: Rakaman Kes, Penyediaan Laporan dan Penggunaan Teknologi (ICT) Dalam Intervensi
- Kemahiran Membina Hubungan
- Kemahiran Membuat Penilaian dan Penentuan Situasi
- Kemahiran membina rancangan tindakan dan membentuk kontrak
- Kemahiran pelaksanaan Intervensi
- Kemahiran Proses Penilaian
- Kemahiran Proses Penamatan Kes
- Isu-isu umum kemahiran kerja kes individu dan keluarga
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
18 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
- Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip andragogi dan pendidikan dewasa, membincangkan peranan jurulatih, ciri – ciri jurulatih berkesan, prinsip dan teknik latihan, penyampaian berkesan, penilaian latihan (pengetahuan) dan mengaplikasi kaedah pengajaran dalam sesi latihan.
- Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz dan pembentangan
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Andragogi dalam Pendidikan Dewasa
- Ciri-ciri dan Sikap Jurulatih
- Pengenalan kepada Gangguan Seksual, Kesan Terhadap Mangsa serta Tindakan dan Langkah yang Perlu Diambil oleh Mangsa
- Kemahiran Advokasi bagi Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840)
- Analisis Keperluan Latihan
- Kaedah Penyampaian Latihan
- Kaedah Penyediaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
- Persediaan Teknik Pengajaran Mikro (Micro Teaching)
- Praktikal untuk Teknik Pengajaran Mikro (Micro Teaching) - Pembentangan
- Sesi Refleksi Pembelajaran/ Rumusan
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada mereka yang telah menghadiri Bengkel Pemahaman dan Kesedaran Gangguan Seksual serta lulus Ujian Psikometrik.
Tempoh Kursus
28 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
Percuma
- Bengkel ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip andragogi dan pendidikan dewasa, membezakan ciri serta sikap jurulatih dan peserta latihan serta kaedah pengucapan awam yang berkesan dan kurang berkesan dan mengaplikasi kaedah pengajaran dalam sesi latihan.
- Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio dan kuiz.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Andragogi dalam Pendidikan Dewasa
- Ciri-ciri dan Sikap Jurulatih
- Persembahan Latihan
- Kaedah Penyampaian Latihan
- Bahan Pengajaran dalam Penyampaian Latihan
- Penilaian Keberkesanan Latihan Berdasarkan Reaksi Peserta
- Penilaian Keberkesanan Latihan Berdasarkan Pemindahan Latihan
- Sesi Refleksi Pembelajaran
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada mereka yang telah menghadiri Bengkel Pengurusan dan Praktis Kesukarelawanan.
Tempoh Kursus
26 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
Percuma