Paradigma Sosial 2023

Tahun 2023 berlaku sebuah transformasi dalam arus perdana. Misi Malaysia Rahmah dan Malaysia MADANI terus disemarakkan agar mengakar dalam setiap rangka fikir dan tindak kerja bukan hanya dalam kalangan penjawat awam namun turut menuntut setiap individu untuk memahami dan mengamalkannya dalam setiap tindakan agar menjadi normalisasi setiap hari. Konsep MADANI, M-Kemampanan, A-Kesejahteraan, D-Daya Cipta, A- Hormat, N-Keyakinan dan I- Ihsan. Majalah Paradigma kali ini juga turut menyajikan artikel isu rasuah, isu belia serta memperkasa kebajikan rakyat dalam Malaysia Madani. Di permulaan artikel turut memberi mukadimah tentang aspek latihan sebagai agenda utama Institut Sosial Malaysia dalam peneraju bidang sosial di Malaysia di samping dokongan serta sokongan aspek pembangunan sosial dan komuniti, kajian dan penerbitan daripada program-program kluster lain selain latihan.