Permintaan daripada pemegang taruh terhadap kursus dan latihan berkaitan Kerja Sosial semakin meningkat dari hari ke hari. Sehubungan itu, terdapat keperluan mendesak bagi mewujudkan sebuah agensi akreditasi yang dapat mengawal selia dan memastikan kualiti kursus serta latihan tersebut. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai kebolehlaksanaan Institut Sosial Malaysia (ISM) sebagai Agensi Akreditasi Kerja Sosial Malaysia (AAKSM). Kajian ini dijalankan dalam tempoh 6 bulan. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif menggunakan pendekatan temubual secara mendalam bersama lapan orang peserta kajian. Temubual dilaksanakan dari 29 Mac 2024 sehingga 21 Ogos 2024. Sampel kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Analisis SWOT digunakan untuk menilai kebolehlaksanaan ISM sebagai Agensi Akreditasi Kerja Sosial.