Kajian Tahap Pemahaman Wanita

Kajian ini bertujuan menilai tahap pemahaman wanita tentang hak mereka, mengenalpasti isu dan masalah yang mereka hadapi dalam proses perceraian serta meneliti isu-isu dalam perkhidmatan yang diberikan oleh agensi kerajaan dalam proses perceraian. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mengumpul dan menganalisis data dan merekrut responden dalam kalangan wanita yang sedang atau pernah melalui proses perceraian dan juga pemegang taruh yang lain seperti agensi kerajaan, pengamal undang-undang dan organisasi masyarakat sivil. Hasil kajian ini berguna dalam merangka penambahbaikan proses perceraian dan menyumbang kepada pembinaan ilmu berkaitan dengan hak, undang-undang dan keadilan terutamanya dari perspektif pemerkasaan wanita.