KMSSKP21

Objektif utama kajian adalah untuk merangka dan  membangunkan pelan tindakan sistem sokongan yang komprehensif bagi penjaga OKU  berdaftar. Kajian ini melibatkan sampel seramai 2,333 orang penjaga tidak formal yang merangkumi kesemua tujuh kategori OKU. Kajian sampel penjaga formal (pusat jagaan OKU),  melibatkan 213 buah pusat jagaan yang terdiri daripada 162 pusat Pemulihan Dalam  Komuniti, tujuh Taman Sinar Harapan, 27 pusat jagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 13 pusat jagaan swasta dan empat pusat jagaan persendirian. Masalah utama yang dihadapi kini adalah masih belum ada pengiktirafan bagi penjaga OKU,  yang mana hal ini akan mengakibatkan tiada maklumat lengkap tentang penjaga yang boleh  dirujuk. Bantuan/sokongan yang boleh disalurkan kepada penjaga OKU di Malaysia dikatakan amat terhad memandangkan tiada pangkalan data berpusat bagi penjaga OKU  berdaftar yang boleh dirujuk atau diguna sama oleh setiap kementerian, jabatan atau agensi  pada peringkat persekutuan dan negeri, pihak swasta dan NGO. Jadi, agak sukar untuk  membuat penyelarasan dalam penyediaan bantuan dan sokongan mengikut keperluan sebenar penjaga OKU.