Pembangunan Profesional Berterusan merupakan usaha berterusan dan sistematik bagi memastikan pekerja sosial melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran, nilai serta amalan profesional melalui pembelajaran berterusan. Pendekatan ini amat penting kerana bidang kerja sosial sentiasa berkembang dan mencabar. Oleh itu pekerja sosial sentiasa perlu mempertingkatkan ilmu dan kompetensi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. 
 

Seminar CPD diperkenalkan mulai tahun 2023 sebagai usaha memberi pendedahan kepada pekerja sosial dan pengamal sosial tentang keperluan pendidikan, latihan dan pembangunan profesional secara berterusan apabila Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial diluluskan.