Program Sijil Profesional Asas Kerja Sosial (SPAKS) merupakan satu program pensijilan baharu yang diperkenalkan pada tahun 2023 bertujuan untuk meningkatkan kompetensi sedia ada dan profesionalisme kakitangan yang berpengalaman dalam kerja sosial dan kerja kebajikan tetapi tiada pendidikan formal dalam bidang kerja sosial dengan pendedahan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang kerja sosial. Program ini dilaksanakan oleh ISM dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Peserta Program SPAKS adalah pegawai-pegawai Skim Sosial (S) di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gred S19 hingga S44.
Kerangka Program SPAKS adalah seperti berikut:
Bil | Praktikum | Jam | Markah(%) |
---|---|---|---|
1. | Kuliah dan Peperiksaan | 60 jam | 40% |
2. | Praktikum Peringkat Mikro | 216 jam | 60% |
Pembentangan dan Penilaian Laporan Praktikum | 24 jam | ||
Jumlah | 300 jam | 100% |