Program perkhidmatan Pusat Kehidupan Berdikari (Independent Living Centre) (ILC) kepada Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebuah program yang menawarkan perkhidmatan asas untuk memperkasakan komuniti OKU di Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada aspek penentuan matlamat kendiri dan kemahiran kehidupan berdikari supaya komuniti OKU lebih bersedia untuk memulakan kehidupan seharian. Berdasarkan hal ini, komuniti OKU memiliki tanggungjawab sepenuhnya ke atas diri sendiri dan mereka diberi penghormatan sebagai individu dalam masyarakat di negara ini. Program perkhidmatan dalam ILC menawarkan perkhidmatan kepada komuniti OKU terutamanya yang tinggal berhampiran dan dalam kalangan mereka sendiri termasuk yang mengalami kurang upaya tahap teruk atau severe impairment. Ia turut menyasarkan kumpulan yang ingin memulakan kehidupan secara berdikari yang telah lama berada dalam sesebuah institusi kekeluargaan.