Keberkesanan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita

Dasar Wanita Negara (DWN) yang diperbaharui pada tahun 2009 secara jelas mendukung cita-cita untuk mencapai kesaksamaan gender dan pembangunan negara yang seimbang dan mampan. Ia juga mengambil inspirasi daripada komitmen negara terhadap beberapa instrumen antarabangsa iaitu CEDAW, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) serta Deklarasi Putrajaya dan Program Tindakan Mengenai Pembangunan Wanita Dalam Negara Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM Putrajaya Declaration). Dasar yang baharu ini juga dilengkapi dengan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) yang memperincikan objektif, strategi, aktiviti dan hasil/ outcome yang perlu diambil oleh kerajaan dan pelbagai pihak dalam mencapai matlamat dan objektif asas DWN tersebut.