Kajian ini menyasarkan beberapa negeri yang mempunyai bilangan PDK yang banyak dan ianya mewakili lima zon di Malaysia. Negeri-negeri tersebut adalah Perak, Selangor, Pahang, Johor dan Sarawak. PPDK di Perak mewakili zon utara, PPDK di Selangor mewakili zon Tengah, PPDK di Johor mewakili zon Selatan, PPDK di Pahang mewakili zon Timur dan Sarawak mewakili zon Malaysia Timur Pembahagian tugasan diantara ahli-ahli adalah berdasarkan lima negeri yang telah dinyatakan oleh pihak Institut Sosial Malaysia. Diskusi Kumpulan Berfokus akan diketuai oleh ketua penyelidik. Setiap ahli pasukan akan mengetuai satu kajian keberkesanan program bagi PDK dinegeri Perak, Selangor, Pahang, Johor dan Sarawak manakala ketua penyelidik akan mengkoordinasikan dapatan kajian dari setiap negeri yang telah dikenal pasti bagi merumus dapatan kajian mengenai keberkesanan program PDK di kelima-lima negeri sebagai mewakili dapatan kajian bagi negara Malaysia.