Kajian Kesihatan Mental Wanita Yang Menghadapi Diskriminasi Di Tempat Kerja (USIM) (2022)

Dua belas hipotesis telah dibina sebagai asas kepada kajian ini yang berbentuk tinjauan di lapangan dalam bentuk soal selidik untuk mencapai objektif bagi mengenal pasti keadaan semasa jenis diskriminasi di tempat kerja untuk golongan wanita di samping mengetahui peranan dan implikasinya terhadap kesihatan mental mereka. Populasi kajian ini ialah 5.1 juta wanita bekerjaya di Malaysia dan saiz sampel yang digunakan untuk pelaporan analisis adalah 411. Teknik yang digunakan ialah persampelan rawak mudah dalam pengumpulan data. Analisis deskriptif dan partial least square digunakan untuk menganalisis data primer yang diperolehi daripada maklum balas responden kajian ini.