Unit Pengurusan Domestik dan Penyelenggaraan
Unit Pengurusan Domestik dan Penyelenggaraan bertanggungjawab mengurus, menyelaras dan memantau segala urusan berkaitan pengurusan domestik serta penyelenggaraan fasiliti bagi memastikan persekitaran yang kondusif, selamat, teratur dan berfungsi dengan baik dalam menyokong kelancaran operasi Jabatan selaras dengan visi, misi dan matlamat yang ditetapkan.
Fungsi Unit Pengurusan, Domestik Dan Penyelenggaraan
- Memastikan pengurusan keselamatan dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan demi menjamin keselamatan warga, aset serta fasiliti Jabatan;
- Memastikan pengurusan kebersihan dan landskap sentiasa berada pada tahap yang bersih, kemas, indah dan kondusif;
- Memastikan urusan tempahan, penyelarasan dan penyelenggaraan kenderaan Jabatan dilaksanakan secara sistematik, cekap dan teratur;
- Memastikan pengurusan Rumah Khas Jabatan diurus dengan baik, teratur dan selesa untuk penggunaan yang optimum;
- Memastikan pengurusan kemudahan fasiliti dilaksanakan secara cekap, berkesan dan memenuhi keperluan operasi Jabatan;
- Memastikan pengurusan asrama dilaksanakan secara cekap, selamat, kondusif dan selesa kepada penghuni;
- Memastikan pengurusan penyediaan makan dan minum bagi kursus, bengkel, seminar, program serta mesyuarat dilaksanakan secara terancang, cekap dan berkualiti;
- Memastikan pengurusan linen dilaksanakan secara sistematik, bersih dan teratur bagi menjamin tahap kebersihan serta keselesaan pengguna;
- Memastikan semua kemudahan dan infrastruktur sentiasa berada dalam keadaan selamat, selesa, bersih, berfungsi dengan baik serta bebas daripada kerosakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan keperluan pelanggan;
- Memastikan perancangan, pelaksanaan serta pemantauan kerja-kerja pembangunan dan projek penyelenggaraan dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut piawaian yang ditetapkan.
Permohonan Tempahan Fasiliti Institut Sosial Malaysia (ISM)
- Permohonan tempahan fasiliti boleh dibuat melalui surat rasmi atau secara atas talian melalui emel rasmi sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh program dilaksanakan bagi tujuan penyelarasan dan kelulusan tempahan.
- Penggunaan fasiliti ISM yang merangkumi Bilik Penginapan, Dewan Intelek, Dewan Serbaguna dan Bilik Kuliah adalah terbuka kepada semua agensi kerajaan tertakluk kepada kekosongan semasa. Bagi agensi swasta dan individu, kemudahan yang dibenarkan untuk disewa adalah Bilik Penginapan dan Dewan Serbaguna sahaja.
- Permohonan hendaklah dikemukakan kepada::
Pengarah
Institut Sosial Malaysia
Lot PT 13856 KM 6
Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban
Sungai Besi
57100 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-79853333
Email : info@ism.gov.my
Kadar Sewaan Fasiliti ISM (Bukan Agensi Kerajaan)
KATEGORI KADAR SEWAAN Dewan Serbaguna RM70 (1 jam) Dewan Serbaguna RM550 (1 hari / 8 jam) Bilik Penginapan Berdua RM60 (1 malam) Bilik VIP RM65 (1 malam) Semua kadar sewaan adalah tertakluk kepada syarat, peraturan serta kekosongan fasiliti yang ditetapkan oleh pihak Institut Sosial Malaysia.
* Dimaklumkan bahawa semua penggunaan fasiliti di Institut Sosial Malaysia (ISM) akan ditutup sementara bermula Mei 2026 hingga Disember 2026 bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf fasiliti ISM