Buku Infografik Hasil Kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) Tahun 2022 hingga 2024 merupakan penerbitan yang menghimpunkan dapatan kajian sosial yang telah dilaksanakan oleh ISM dalam bentuk infografik yang ringkas, padat dan mudah difahami. Penerbitan ini bertujuan menyampaikan maklumat, statistik, analisis dan penemuan utama kajian berkaitan isu-isu sosial semasa kepada masyarakat, agensi kerajaan, penyelidik serta pihak berkepentingan secara lebih interaktif dan efektif. Buku ini juga menjadi medium rujukan dalam memahami trend, cabaran dan perkembangan sosial di Malaysia serta menyokong usaha penggubalan dasar dan perancangan program pembangunan sosial negara.