Kajian Keberkesanan Perkhidmatan

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan perkhidmatan sedia ada di Rumah Perlindungan (RP) dalam memenuhi keperluan mangsa, meneliti peranan pelindung dan kakitangan dalam meningkatkan kemandirian mangsa, mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi serta mencadangkan syor penambahbaikan berasaskan amalan terbaik antarabangsa. Menggunakan pendekatan temu bual mendalam dan perbincangan kumpulan berfokus (FGD), hasil kajian menunjukkan RP berjaya menyediakan keperluan fisiologikal mangsa seperti tempat tinggal, makanan, perlindungan keselamatan dan rawatan perubatan asas, tetapi perkhidmatan pemulihan psikososial, terapi trauma, pendidikan dan latihan vokasional masih belum mencapai tahap piawaian antarabangsa.