Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan peranan Job Coach dalam menyokong pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) di sektor pekerjaan di Malaysia. Pekerjaan merupakan elemen penting bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan sosial OKU, namun kadar penyertaan mereka dalam pasaran kerja masih rendah akibat pelbagai halangan seperti kekangan kemahiran, akses pekerjaan terhad, serta persepsi negatif majikan. Kajian ini membuktikan bahawa Job Coach memainkan peranan kritikal dalam meningkatkan kebolehpasaran dan pengekalan pekerjaan OKU, serta menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih inklusif.