Program SPAKS merupakan satu program yang diwujudkan bagi memberi peluang latihan kepada pekerja sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain sebagai persediaan memenuhi kelayakan berdaftar sebagai RSW ( Registered Social Worker) dan RASW (Registered Associate Social Worker). Ianya merupakan program yang dikendalikan oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mulai tahun 2023. Program ini bersifat komprehensif dan memberikan nilai tambah dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai tambah dalam bidang kerja sosial untuk kakitangan skim Sosial (S) semua gred di JKM dan jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.