Mini Panggi
Timbalan Pengarah, Institut Sosial Malaysia
minipanggi@ism.gov.my
03-7985 3201
Peranan Ketua Pegawai Digital (CDO) Institut Sosial Malaysia
- Meneraju inisiatif pendigitalan di ISM melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital.
- Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.
- Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di ISM berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.
- Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.
- Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian dengan:
- Memastikan PSP ISM selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan.
- Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) ISM tersedia.
- Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan ISM & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.