Selamat Datang ke profil korporat Institut Sosial Malaysia (ISM). Perutusan Pengarah menerusi tetingkap sekapur sirih, direktori perhubungan warga kerja ISM dan maklumat-maklumat korporat ISM termasuk ketua pegawai maklumat ISM.
Program yang dilaksanakan memberi fokus dalam bidang kerja sosial dan pembangunan sosial kepada pengamal sosial, pekerja sosial, sukarelawan dan ahli-ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam bidang sosial di Malaysia. ISM menjalankan latihan berbentuk kursus, seminar, bengkel, kolokium dan forum serta persidangan secara bersemuka, hibrid dan dalam talian.
Kluster Penyelidikan dan Pembangunan di bawah Institut Sosial Malaysia memainkan peranan penting dalam melaksanakan kajian berkaitan isu sosial dan pembangunan sosial di negara ini. Ia berfungsi bukan sahaja sebagai platform untuk memahami keadaan semasa masyarakat, tetapi juga sebagai penyokong utama kepada usaha kerajaan dalam menggubal dasar dan polisi yang relevan serta efektif.
Semenjak penubuhan ISM, penerbitan dalam bidang sosial telah dihasilkan secara konsisten bagi mendukung aspirasi ISM dalam melatih dan membangunkan pekerja dan pengamal sosial daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. ISM menghasilkan bahan penerbitan berbentuk ilmiah, separa ilmiah dan bukan ilmiah dalam pelbagai kategori penerbitan seperti jurnal, buku, majalah, laporan dan penerbitan-penerbitan lain.
Institut Sosial Malaysia (ISM) merupakan institut latihan yang terletak di pinggiran Bandaraya Kuala Lumpur, dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana yang terbaik. Institut ini menyediakan fasiliti yang lengkap untuk mengendalikan program latihan, kursus, bengkel, dan seminar bagi memastikan kelancaran, keselesaan, dan keberkesanan kepada para peserta.
Ahli Jawatankuasa KEBKES sesi 2024Gambar, nama, jawatan, penempatan