Kajian Keberkesanan Program Khidmat Masyarakat terhadap Pesalah Khidmat Masyarakat

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan program PKM terhadap pesalah PKM. Bagi mendapatkan maklumat berkenaan perkara ini, penggabungan pendekatan kajian kuantitatif dan kualitatif telah digunakan yang melibatkan lima kategori responden iaitu Pelatih PKM dalam kalangan Pesalah Muda, Pesalah Dewasa dan Kanak-Kanak yang telah tamat perintah PKM; Pelatih PKM dalam kalangan Pesalah Muda, Pesalah Dewasa dan Kanak-Kanak yang masih aktif/sedang menjalani PKM (yang telah selesai melebihi 50% jam agregat); pegawai dan kakitangan PKM Negeri/Daerah; keluarga bagi Pelatih PKM dalam kalangan Pesalah Muda, Pesalah Dewasa dan Kanak-Kanak; dan pemegang taruh (agensi/jabatan/NGO/swasta) yang bekerjasama melaksanakan aktiviti/program PKM daripada tujuh buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Kedah.