Kajian Keberkesanan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) kepada Mangsa Keganasan Rumah Tangga (KRT)

Keganasan rumah tangga (KRT) adalah satu jenayah dalam komuniti. Statistik kes KRT yang dikeluarkan oleh PDRM menunjukkan terdapat 5,260 kes KRT pada tahun 2020, 7,468 kes pada tahun 2021, 6,540 kes pada tahun 2022 dan 3640 kes sehingga Ogos 2023. Terdapat tiga(3) usaha yang dilaksanakan dalam negara bagi membantu mangsa KRT dalam negara; iaitu perintah perlindungan interim (IPO), perintah perlindungan (PO) dan perintah perlindungan kecemasan (EPO). Namun begitu, kajian ini hanya memfokuskan kepada EPO sahaja. 

Objektif kajian adalah untuk mengukur tahap keyakinan mangsa KRT terhadap pelaksanaan EPO, mengenal pasti jurang yang berlaku antara aduan yang diterima dengan jumlah EPO yang dikeluarkan, mengukur keberkesanan EPO dalam menangani keganasan terhadap mangsa keganasan rumah tangga sebagai orang yang dilindungi dan mengukur persepsi orang yang dilindungi terhadap EPO yang dikeluarkan kepada mereka.