Psychological First Aid (PFA)

  • Psychological First Aid (PFA) adalah satu intervensi sokongan yang digunakan akibat bencana, krisis atau keganasan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam membantu menyampaikan perkhidmatan, bantuan praktikal dan sokongan sosial kepada individu/klien. 

Kursus Penyeliaan Kerja Sosial

  • Kursus ini memperkenalkan konsep penyeliaan kerja sosial yang berstruktur di mana peserta akan didedahkan kepada peranan penyelia, jenis penyeliaan, kemahiran penyeliaan dan gaya penyeliaan. Melalui kursus ini, peserta dapat mengetahui dan mengaplikasi peranannya samada dalam penyeliaan praktis, penyeliaan pengurusan atau penyeliaan profesional.

Kursus Professionally Accountable Practice (PAP) Model

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan Model PAP secara menyeluruh dan penggunaannya dalam penyelesaian sesuatu kes. Di akhir kursus, peserta dapat memahami tentang tahap-tahap dalam Model PAP serta bagaimana mengaplikasikannya dalam praktis. 
     

Kursus Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta tentang Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial. Piawaian ini terdiri daripada enam Kompetensi Generik dan empat Kompetensi Spesifik  yang diperlukan oleh pekerja sosial yang kompeten.

Kursus Pemahaman Teori-Teori Sosial

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang model-model dan teori-teori sosial yang digunakan dalam pengurusan kes. Perisian kursus adalah melalui kaedah penyampaian ceramah, perbincangan, pembentangan, ujian dan latihan simulasi. 
     

Kursus Asas Kemahiran Kerja Sosial

  • Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Asas Pengetahuan Kerja Sosial di mana peserta akan mendapat pendedahan berkaitan kaedah-kaedah kerja sosial, kemahiran pengurusan kes dan kemahiran komunikasi interpersonal yang diperlukan sebagai pekerja sosial. 
     

Kursus Asas Pengetahuan Kerja Sosial

  • Kursus ini memperkenalkan pengetahuan asas dalam bidang kerja sosial, bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang sejarah kerja sosial, prinsip, nilai dan etika kerja sosial, serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkait dengan praktis kerja sosial. 
     

Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS)

  • Program Diploma Pascasiswazah Kerja Sosial (DPSKS) merupakan program kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai tahun 2015 dan mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).
  • Program ini bermatlamat untuk melahirkan siswazah yang menguasai ilmu kerja sosial, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan.

Keusahawanan Digital untuk Orang Kurang Upaya (Peringkat Lanjutan)

  • Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mendalami konsep dan kaedah pelaksanaan keusahawanan digital peringkat lanjutan dan menguasai secara cekap aplikasi konsep dan kaedah keusahawanan digital dalam kalangan peserta.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan, pembentangan, tayangan video, role play, simulasi, latihan dalam kumpulan dan kuiz.

Keusahawanan Digital untuk Orang Kurang Upaya (Peringkat Pertengahan)

  • Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mendalami konsep dan kaedah pelaksanaan keusahawanan digital
    peringkat pertengahan serta mengaplikasikan dalam kalangan peserta.
  • Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan, pembentangan, tayangan video, role play, simulasi, latihan dalam kumpulan dan kuiz.