Pengenalan
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang krisis/bencana serta isu-isu kesihatan mental dan cara mengaplikasi prinsip tindakan Bantuan Awal Psikologi (PFA) dalam membantu mangsa krisis/bencana dalam komuniti. Peserta dapat mempelajari cara mempraktiskan penjagaan kendiri apabila membantu orang lain dan menilai tahap keseriusan gangguan yang dialami oleh mangsa semasa krisis/bencana.
Kandungan Kursus
- Ujian Pra PFA dan ice breaking
- Pengenalan krisis dan bencana di Malaysia
- Isu-isu kesihatan mental dan impak ke atas mangsa
- Kemahiran asas menolong dalam krisis
- Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid) PFA
- Penilaian dan pentaksiran krisis: Berdasarkan ALGEE/ TAS/ DASS
- Intervensi krisis dan trauma
- Pengendalian sesi kelompok
- Simulasi senario kes
- Penjagaan kendiri (Self care)
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
24 Jam
Yuran
RM 30.00