Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial (DPSKS)

Buat masa ini, ISM hanya mempunyai satu (1) program yang mendapat akreditasi daripada MQA iaitu Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial (DPKSKS).  ISM kini dalam usaha untuk melaksanakan kursus-kursus bertaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Kesukarelawan, Warga Emas dan Kanak-kanak.

Kursus Asas Kerja Sosial

Kursus ini bertujuan untuk memahami dan mengetahui profesion, prinsip, nilai dan etika kerja sosial serta kaedah dan kemahiran mengendalikan kes dalam konteks kerja sosial. 

Laporan Tahunan ISM 2023

Penerbitan ini merupakan medium untuk melaporkan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan setahun yang lalu di ISM. Laporan ini diterbitkan setahun sekali, dan juga bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai prestasi, pencapaian, dan keadaan kewangan ISM sepanjang tahun tersebut.

Kajian Mengenai Sistem Sokongan kepada Penjaga Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Objektif utama kajian adalah untuk merangka dan  membangunkan pelan tindakan sistem sokongan yang komprehensif bagi penjaga OKU  berdaftar. Kajian ini melibatkan sampel seramai 2,333 orang penjaga tidak formal yang merangkumi kesemua tujuh kategori OKU. Kajian sampel penjaga formal (pusat jagaan OKU),  melibatkan 213 buah pusat jagaan yang terdiri daripada 162 pusat Pemulihan Dalam  Komuniti, tujuh Taman Sinar Harapan, 27 pusat jagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 13 pusat jagaan swasta dan empat pusat jagaan persendirian.

Kajian Peluang Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang pekerjaan yang sekali gus dapat membantu banyak pihak; golongan OKU, majikan, keluarga OKU khususnya, dan masyarakat serta negara umumnya. Golongan OKU adalah merupakan sebahagian daripada kita. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, ahli komuniti atau setidak-tidaknya ahli masyarakat kita. Kajian peluang pekerjaan OKU mendapati terdapat masalah dalaman dan luaran yang mereka hadapi di tempat kerja.

Kajian Penilaian Outcome Program Pembangunan Kompetensi Pekerja Sosial di Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2018-2019

Laporan Penilaian Outcome ini bertujuan membentangkan penelitian terhadap keberkesanan Program Pembangunan Kompetensi Pekerja Sosial yang dilaksanakan di Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam tempoh 2018-2019 di bawah peruntukan belanja mengurus.