Hubungi Kami

Hubungi Kami

INSTITUT SOSIAL MALAYSIA

Lot PT 13856 KM 6 Lebuhraya
Kuala Lumpur - Seremban,
Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-79853333 
​​​​​​​Fax: 03-79853300 

Email: info@ism.gov.my

Scan Waze

Kepekaan Gender (Awam)

  • Kursus ini akan dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama memperkenalkan peserta kepada konsep gender. Tahap kedua meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan perspektif gender melalui fokus kepada isu terpilih:-
    • Kluster A: Gender dan Kesejahteraan Sosial
    • Kluster B: Gender dan Pemerkasaan Ekonomi
    • Kluster C: Gender dan Kemahiran Kendiri
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dalam kumpulan dan tayangan video/ audio.

Kepekaan Gender (Professional) Tahap 2

  • Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kepekaan gender peserta dengan meneliti isu-isu terpilih menggunakan kerangka gender, memahami wacana gender yang lebih meluas dan kompleks, mendalami kemahiran spesifik dalam menyelesaikan masalah dan cabaran berkaitan isu gender serta membincangkan strategi, tindakan dan langkah ke hadapan dalam mencapai pemerkasaan wanita dan gadis serta kesaksamaan gender.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk perkongsian maklumat, aktiviti berkumpulan, ceramah, perbincangan, tayangan video/ audio dan aktiviti interaktif. 

Kepekaan Gender (Professional ) Tahap 1

  • Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep dan teori asas gender, kesaksamaan gender dan konsep-konsep yang berkaitan dengannya.

Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 2)

  • Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 1). Dalam kursus ini peserta akan dilengkapi dengan kemahiran lanjutan berkaitan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk berkomunikasi dan menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di samping mewujudkan persekitaran sosial dan masyarakat yang inklusif.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, tutorial, kerja kursus kumpulan dan kuiz.

Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 1)

  • Kursus ini memperkenalkan ilmu asas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai asas untuk berkomunikasi dan menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di samping mewujudkan persekitaran sosial dan masyarakat yang inklusif.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, penerangan, latih amal, praktikal, rakaman video kerja kursus dan kuiz.

Pembimbing Komuniti

  • Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas kaunseling dalam menyampaikan perkhidmatan menolong secara profesional dan berkesan di samping menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses membantu sesama manusia.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz, role play atau simulasi dan flash card.

Pembimbing Komuniti

  • Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas kaunseling dalam menyampaikan perkhidmatan menolong secara profesional dan berkesan di samping menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses membantu sesama manusia.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz, role play atau simulasi dan flash card.

 

Bahasa Isyarat

Pembelajaran Bahasa Isyarat dan aplikasinya dalam komunikasi dan interaksi dengan OKU pendengaran. Pembelajaran kemahiran untuk mewujudkan persekitaran masyarat yang bersifat inklusif.

 

Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Permata (KAP)

Memperkenalkan teori dan konsep serta kaedah asuhan dan didikan kurikulum PERMATA Negra. Pembelajaran ilmu dan kemahiran berkaitan perkembangan serta didikan kanak-kanak dan aplikasinya dalam perkhidmatan TASKA melalui kelas amali dan praktikal.