Pengenalan
  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta tentang Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial. Piawaian ini terdiri daripada enam Kompetensi Generik dan empat Kompetensi Spesifik  yang diperlukan oleh pekerja sosial yang kompeten.
Kandungan Kursus
  1. PPengenalan Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial
  2. Kerangka Kompetensi Praktis Kerja Sosial
  3. Kompetensi  Generik 1 - Tingkah laku beretika
  4. Kompetensi  Generik 2 - Komunikasi interpersonal
  5. Kompetensi  Generik 3 - Refleksi kognitif dan pemikiran kreatif
  6. Kompetensi  Generik 4 - Penyelesaian masalah
  7. Kompetensi  Generik 5 - Pengurusan tugas
  8. Kompetensi  Generik 6 - Kupayaan kepimpinan
  9. Kompetensi Spesifik 1 - Keupayaan bekerja dengan individu, keluarga, kumpulan, komuniti dan organisasi dengan menggunakan nilai, pengetahuan, kemahiran dan kaedah intervensi kerja sosial
  10. Kompetensi Spesifik 2 - Keupayaan bekerja mengikut etika kerja sosial
  11. Kompetensi Spesifik 3 - Keupayaan bekerja secara profesional dalam seting organisasi
  12. Kompetensi Spesifik 4 - Keupayaan membuat refleksi praktis secara profesional
  13. Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan kes
Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)
     
Tempoh Kursus

39 Jam

Yuran

RM 30.00