Institut Sosial Malaysia (ISM) merupakan institusi latihan awam (ILA) yang terbilang dalam bidang pembangunan sosial dan kerja sosial telah menempa kejayaan dalam mencapai misi dan objektifnya. Beberapa sumbangan literatur dan kreatif ISM telah berjaya didaftarkan sebagai hak intelektual di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) antaranya modul latihan dan kursus di ISM, drama dan lagu terbitan ISM.
Lambang Rasmi dan Logo ISM
Jata Negara Selaras dengan Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2022 - Penggunaan Jata Persekutuan yang bertarikh 17 Januari 2022, Institut Sosial Malaysia (ISM) telah menggunakan jata negara sebagai logo rasmi ISM. ISM merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggunakan jata negara sebagai logo rasminya mengikut Kaedah Penggunaan mengikut Perkara 10.3 - Lambang Kementerian dan Jabatan. | |
Logo ISM ISM turut mempunyai logo pengenalannya dan didaftarkan dengan Sijil Pendaftaran Cap Dagangan mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dengan penggunaan hak eksklusif pada perkataan “Ilmu, Sejahterakan Masyarakat” – (No. Pendaftaran: 2014011452) | |
Logo Sukarelawan Jiwa Malaysia ISM ISM turut menganjurkan latihan dan kursus dalam bidang kesukarelawanan di peringkat asas (warga emas), pengurusan dan praktis kesukarelawanan dan kejurulatihan kesukarelawanan. Oleh itu, ISM turut mendaftarkan logo bagi latihan tersebut yang tersendiri simbolik kepada fungsi-fungsi kesukarelawanan ISM menerusi Sijil Pendaftaran Cap Dagangan mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dengan penggunaan hak eksklusif pada perkataan “Sukarelawan Jiwa Malaysia ISM”. |
Runut Bunyi
ISM turut menerbitkan dua (2) buah lagu iaitu lagu Semurni Usaha KPWKM dan Wanita Bangkit. Lagu Semurni Usaha KPWKM merupakan lagu rasmi bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang telah didaftarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332).
Semurni Usaha KPWKM
Lirik oleh:
- Faridah Awang
- Mini Panggi
- Maziah Che Yusoff
- Hamidah Hassan
Muzik oleh: Ikhwan Fattana
Wanita Bangkit
Lirik oleh:
- Faridah Awang
- Mini Panggi
- Hamidah Hassan
Muzik oleh: Ikhwan Fattana
Media
Drama Pendek ISM (Adaptasi Buku "Wanita Bangkit")
ISM telah menerbitkan buku berjudul Wanita Bangkit yang mengupas pengalaman wanita yang bangkit dari kejatuhan, belenggu kemiskinan dan pelbagai masalah isu-isu sosial semasa. ISM telah menerbitkan dua (2) drama pendek yang diadaptasi dari buku berkenaan ke layar kaca yang berjudul “Salin Tikar” dan “Duka Yang Paling Indah”.
Salin Tikar
Your browser does not support the audio element.
Video file