Buku ini menghimpunkan karya yang dipilih dan disunting berdasarkan artikel-artikel yang dihasilkan oleh para peserta di Social Research Program: Colloquium for Social Researchers. Ia selaras dengan perkembangan kerja sosial dalam era global semasa, keperluan dan jangkaan masyarakat yang semakin meningkat khususnya terhadap kualiti dan kesejahteraan hidup.