Kajian ini dilaksanakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan projek rintis PBK, yang telah diperkenalkan di empat (4) lokasi utama di Malaysia sejak tahun 2019. Kajian ini memberikan tumpuan kepada kanak-kanak yang dikategorikan sebagai berisiko rendah hingga tinggi dan mengkaji pelbagai aspek yang mempengaruhi keberhasilan program tersebut. Antaranya ialah tahap pengetahuan dan kemahiran pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan PBK di lapangan, pemahaman dan penerimaan masyarakat terhadap program ini, dan juga keberkesanan kaedah pelaksanaan (SOP) dan perundangan yang digunapakai. Dapatan kajian mendapati bahawa konsep PBK adalah konsep yang murni untuk diteruskan ke masa hadapan namun perlu diwar-warkan kepada komuniti.