Kajian Penilaian Program Pelaksanaan 2 Years Exit Policy

Pelaksanaan program 2YEP adalah melalui pendekatan kebajikan produktif dengan memperkasa klien untuk meningkatkan kefungsian mereka ke arah hidup yang berdikari dan menjana pendapatan sendiri serta tidak bergantung kepada bantuan JKM selamanya sebagai saraan hidup (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2016). Melalui program ini, klien diberi sokongan dan bantuan modal sebanyak RM2,700.00 untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Klien akan dibimbing dan dipantau melalui penyeliaan yang berterusan bagi memastikan mereka berjaya dalam perniagaan yang diusahakan.