• Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja sosial kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari cara mengaplikasikan kemahiran secara berkesan dan berterusan dalam praktis kerja sosial.

Kandungan Kursus
  1. Pengenalan kerja kes (individu) dan keluarga
  2. Kemahiran Teknikal: Rakaman Kes, Penyediaan Laporan dan Penggunaan Teknologi (ICT) Dalam Intervensi
  3. Kemahiran Membina Hubungan
  4. Kemahiran Membuat Penilaian dan Penentuan Situasi
  5. Kemahiran membina rancangan tindakan dan membentuk kontrak
  6. Kemahiran pelaksanaan Intervensi
  7. Kemahiran Proses Penilaian
  8. Kemahiran Proses Penamatan Kes
  9. Isu-isu umum kemahiran kerja kes individu dan keluarga
     

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Tempoh Kursus

18 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00


  • Kursus ini akan dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama memperkenalkan peserta kepada konsep gender. Tahap kedua meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan perspektif gender melalui fokus kepada isu terpilih:-
    • Kluster A: Gender dan Kesejahteraan Sosial
    • Kluster B: Gender dan Pemerkasaan Ekonomi
    • Kluster C: Gender dan Kemahiran Kendiri
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dalam kumpulan dan tayangan video/ audio.

Kandungan Kursus
  • Kluster A: Gender dan Kesejahteraan Sosial adalah:
    • Wanita dan Kesejahteraan Diri
    • Memahami Keganasan berasaskan Gender/ Keganasan Terhadap Wanita
    • Gender dan Kesihatan
  • Kluster B: Gender dan Pemerkasaan Ekonomi adalah:
    • Wanita dan Pemerkasaan Ekonomi
    • Wanita dan Penguasaan Digital
    • Wanita dan Keusahawanan Sosial
  • Kluster C: Gender dan Kemahiran Kendiri adalah:
    • Wanita dan Kemahiran Komunikasi
    • Wanita dan Kepimpinan
    • Literasi Undang-undang berfokus Gender

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada individu yang berminat.


Tempoh Kursus

Tahap 1: 6 jam (Kursus pengenalan)
Tahap 2: 6 jam (Pilihan daripada 3 kluster)


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Asas Pengetahuan Kerja Sosial di mana peserta akan mendapat pendedahan berkaitan kaedah-kaedah kerja sosial, kemahiran pengurusan kes dan kemahiran komunikasi interpersonal yang diperlukan sebagai pekerja sosial. 
     

Kandungan Kursus
  1. Kemahiran Komunikasi Interpersonal
  2. Kemahiran Pengurusan Kes
  3. Kaedah Kerja Sosial dengan Individu dan Keluarga (Kerja Kes)
  4. Kaedah Kerja Sosial dengan Kumpulan
  5. Kaedah Kerja Sosial dengan Komuniti
  6. Penyeliaan Kerja Sosial

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat.
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan.
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam bidang sosial.
     

Tempoh Kursus

18 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00


  • Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas kaunseling dalam menyampaikan perkhidmatan menolong secara profesional dan berkesan di samping menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses membantu sesama manusia.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz, role play atau simulasi dan flash card.

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling (Kemahiran Menolong)
  3. Fasa dan Proses dalam Kaunseling
  4. Kemahiran Komunikasi
  5. Kaedah Menolong
  6. Aplikasi Kemahiran Asas Menolong
  7. Bimbingan Kelompok
  8. Prinsip dan Etika Kaunseling
  9. Teori – Teori Asas Kaunseling

Kumpulan Sasar

Terbuka


Tempoh Kursus

18 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

  • Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan peserta tentang asas-asas pendekatan psikologi dalam pengurusan kes yang dikendalikan. Kemahiran-kemahiran asas pendekatan psikologi yang akan dipelajari akan berupaya meningkatkan kecekapan dan pengendalian kes dengan pendekatan psikologi. 

Kandungan Kursus
  1. Ujian Pra Kursus dan Ice Breaking
  2. Pengenalan Psikologi
  3. Membina Personaliti Diri
  4. Persediaan Asas Pengurusan Kes
  5. Kemahiran Komunikasi dalam Pengurusan Kes
  6. Penerokaan Isu dalam Pengurusan Kes
  7. Pengurusan Minda Positif
  8. Refleksi dan Penilaian

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Tempoh Kursus

18 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00


  • Kursus ini memperkenalkan pengetahuan asas dalam bidang kerja sosial, bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang sejarah kerja sosial, prinsip, nilai dan etika kerja sosial, serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkait dengan praktis kerja sosial. 
     

Kandungan Kursus
  1. Pengenalan Kerja Sosial
  2. Kebajikan Sosial
  3. Konteks Perkhidmatan dalam Praktis Kerja Sosial
  4. Dasar, Perundangan dan Advokasi dalam Praktis Kerja Sosial
  5. Tingkah Laku Manusia dalam Persekitaran Sosial
  6. Teori Dalam Praktis Kerja Sosial
  7. Prinsip, Nilai dan Etika Kerja Sosial

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam bidang sosial.
     

Tempoh Kursus

18 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00


Kursus Asas Penjagaan Warga Emas, Kursus Asas Penjagaan Kanak-Kanak (usia 4-12 tahun) dan Kursus Asas Penjagaan Orang Kurang Upaya (Pembelajaran)

  • Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai penjagaan asas terhadap warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak - kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan serta memberi pemahaman dan pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, pemakanan dan komunikasi dengan warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dan pembentangan, tayangan video, role play atau simulasi dan latihan praktikal di lapangan.

Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Pengenalan tentang Pusat Jagaan Kanak-Kanak Remaja, Wanita, OKU dan Warga Emas
  3. Peranan dan Tanggungjawab Pengendali Pusat Jagaan
  4. Pematuhan Terhadap Akta dan Peraturan berkaitan Perkhidmatan Pusat Jagaan
  5. Pengurusan dan pengendalian rutin harian di pusat jagaan
  6. Pengurusan dan Pengendalian Aktiviti Perkembangan, Pembelajaran, Kemajuan, Pemulihan, Persidangan Kes dan Intervensi Penghuni di Pusat Jagaan
  7. Pengendalian Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan dan Keceriaan (4K) di Pusat Jagaan serta Pengurusan dan Pengendalian rekod-rekod di Pusat Jagaan
  8. Pengurusan dan pengendalian Aktiviti Fisio dan Regangan Anggota di Pusat Jagaan OKU dan Warga Emas 
  9. Praktikal Pengajaran Rutin Harian di Pusat Jagaan dan Pengurusan (Kerja Lapangan) 
  10. Pembentangan kumpulan

Kumpulan Sasar
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11/14 di institusi kebajikan JKM;
  • Pembantu Kebajikan Masyarakat Gred S19/22 di institusi kebajikan JKM;
  • Penjaga di Pusat Jagaan NGO serta Pusat Jagaan Swasta;
  • Sukarelawan Khidmat Bantu di Rumah; dan
  • Individu yang menjaga ahli keluarga yang sakit.

Tempoh Kursus

28 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30


  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang sejarah perkembangan dan kepentingan kerja komuniti serta penjelasan secara menyeluruh berkenaan model, konsep utama dan peranan pekerja komuniti. Selain itu, proses kerja untuk melaksanakan kerja komuniti dan cara penyediaan draf cadangan kerja komuniti akan dipelajari secara terperinci.

Kandungan Kursus
  1. Pengenalan Kerja Sosial dengan Komuniti
  2. Model dan Proses Kerja Komuniti 
  3. Penilaian Kerja Komuniti
  4. Perancangan Intervensi Kerja Komuniti 
  5. Pelaksanaan Kerja Komuniti
  6. Penilaian Akhir dan Penamatan Kerja Komuniti 
  7. Kerja Lapangan Bagi Kerja Komuniti 
    1. Memobilisasikan ahli komuniti 
    2. Perbincangan dalam kumpulan
    3. Pembentangan dan Perbincangan

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Tempoh Kursus

24 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00


  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja kumpulan kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari dan memahami jenis-jenis kumpulan dan peranan pekerja sosial serta tahap-tahap perkembangan kerja kumpulan.

Kandungan Kursus
  1. Pengenalan Kerja Sosial Kumpulan
  2. Teori dan Model Kerja Sosial Kumpulan
  3. Pembangunan kerja kumpulan
  4. Penaksiran dalam Kerja Sosial Kumpulan
  5. Perancangan Kerja Sosial Kumpulan
  6. Pelaksanaan Kerja Sosial Kumpulan
  7. Penamatan proses kerja sosial kumpulan
  8. Kerja lapangan 
  9. Refleksi kerja sosial kumpulan
  10. Perbincangan dan pembentangan kumpulan

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)
     

Tempoh Kursus

24 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00


  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang model-model dan teori-teori sosial yang digunakan dalam pengurusan kes. Perisian kursus adalah melalui kaedah penyampaian ceramah, perbincangan, pembentangan, ujian dan latihan simulasi. 
     

Kandungan Kursus
  1. Pengenalan teori-teori dan model-model sosial
  2. Teori Perkembangan Psikososial
  3. Teori Pembelajaran Sosial
  4. Teori Keperluan Manusia
  5. Teori Attachment
  6. Teori Konflik
  7. Teori Sistem dan Ekologikal
  8. Teori Pemerkasaan
  9. Intervensi Krisis
  10. Model Solution Focus
  11. Model Problem Solving
  12. Model Cognitive Behaviour
  13. Model Task Centered

Kumpulan Sasar
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
  • Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)
     

Tempoh Kursus

12 Jam


Maklumat Urusetia

Yuran

RM 30.00