ISM berfungsi melaksanakan penyelidikan berkaitan sosial dan pembangunan sosial secara umum dan kumpulan sasar KPWKM secara khususnya bagi membantu pembuatan dasar dan polisi semasa negara. Tugas-tugas di bawah skop penyelidikan adalah:

  • Merancang, menyelaras dan mengendalikan penyelidikan berkaitan sosial dan pembangunan sosial;
  • Merancang dan mengawal peruntukan kewangan tahunan yang diperuntukkan untuk menjalankan penyelidikan;
  • Melaksanakan tinjauan bagi mengenal pasti isu dan masalah sosial yang relevan untuk dibuat kajian; dan
  • Memberikan bantuan khidmat nasihat kepada bahagian/unit lain dalam aspek melibatkan penyelidikan.

Pelaksanaan  kajian-kajian ini  yang telah ditetapkan di dalam Pelan Strategik KPWKM mengikut Rancangan Malaysia yang berkaitan dengan isu-isu semasa dengan kumpulan sasaran termasuklah Wanita, Warga Emas, Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan kumpulan khusus yang lain.