Pengenalan
ISM merupakan sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertaraf Institut Latihan Awam (ILA) dan mula beroperasi pada tahun 2002 dengan matlamat utama untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang terkenal dalam bidang sosial dan pembangunan sosial. Bangunan kampusnya terletak di lokasi yang strategik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sebagai pusat latihan untuk anggota kerajaan dan pengamal-pengamal sosial dan penyelidikan. Oleh itu, Institut ini menjalankan latihan sosial, Institut ini juga merupakan pusat sumber untuk idea dan maklumat baru dalam bidang sosial dan pembangunan sosial dan kini mengorak langkah untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam latihan dan penyelidikan. Oleh itu, Institut ini menjalankan latihan seperti kursus, seminar, bengkel dan forum serta menganjurkan persidangan utama dalam bidang pembangunan sosial.
Di dalam usaha untuk mempertingkatkan pembinaan kapasiti, ISM kini mengorak langkah ke arah mewujudkan rangkaian kerjasama dengan universiti tempatan dan antarabangsa bagi membangunkan kurikulum yang lebih komprehensif dan strategi yang efektif untuk memperkasakan pengetahuan dan menyampaikan idea terkini kepada peserta-peserta yang menghadiri latihan di ISM. Sehubungan itu, ISM dalam usaha untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang sosial dan pembangunan sosial yang ulung di Malaysia. Memandangkan ISM membantu KPWKM memberi latihan berkaitan dasar kementerian kepada pegawai kerajaan dan orang awam, ISM semakin berperanan menjadi medium di antara pembuat dasar dan pelaksana dasar (policy-movers) disamping bertindak sebagai think tank kepada pembangunan sosial Negara.
ISM melaksanakan kursus, program dan aktiviti yang dikendalikan oleh empat (4) kluster dan satu (1) unit iaitu Kluster Pembangunan Rundingan Sosial (KPRS), Kluster Pembangunan Kerja Sosial (KPKS), Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (KPP), Kluster Repositori dan Dokumentasi (KRD) dan Pusat Bertauliah (PB) ISM.Terdapat pelbagai kursus, program dan aktiviti yang ditawarkan kepada pegawai dan kakitangan KPWKM dan agensi-agensi di bawahnya, agensi kerajaan lain, Badan Bukan Kerajaan, serta orang awam.
Selain mengendalikan kursus, program dan aktiviti ISM turut terlibat dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. ISM menjalankan penyelidikan berkaitan bidang sosial termasuklah kajian melibatkan kumpulan sasar kementerian. Selaras dengan usaha Institut ini dalam menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan penyebaran maklumat, penerbitan seperti Laporan Tahunan ISM dan penerbitan-penerbitan lain diterbitkan secara berkala.
ISM akan mempertingkatkan latihan dan pembinaan kapasiti dengan mereka bentuk kurikulum untuk memenuhi keperluan terkini. ISM akan terus bertekad untuk mencapai visi, misi dan objektif dalam usaha mengintegrasikan nilai kemanusiaan di dalam agendanya untuk pembinaan kapasiti dan peningkatan pengetahuan.
Visi & Misi
Visi
Pusat Kecemerlangan Unggul Bagi Pembangunan Kesejahteraan Sosial.
Misi
Menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang sosial dan pembangunan sosial melalui penyediaan latihan, penyelidikan, penerbitan dan kolaborasi strategik.
Objektif
- Melahirkan pengamal sosial yang mahir dan profesional;
- Mempertingkatkan kemahiran serta berkongsi pengetahuan di bidang pengurusan dasar sosial;
- Merancang kurikulum dan program latihan, mewujudkan rangkaian kerjasama dan perkongsian pengetahuan serta menyokong penyelidikan;
- Menghasilkan penerbitan mengenai sosial dan pembangunan sosial.
Piagam Pelanggan
Kami komited untuk mengendalikan program latihan yang berkualiti ke arah peningkatan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman profesional modal insan Kementerian dan Jabatan, serta menjana sikap pengamal sosial yang betul dan tulen dalam bidang pembangunan sosial, kebajikan sosial dan kerja sosial.
Kami berjanji untuk :
- Memaklumkan peserta tentang sesuatu kursus yang dirancang akan dijalankan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum kursus bermula.
- Memastikan penyampaian kursus mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 5 pada skala 1-7 dalam penilaian keberkesanan penyampaian.
- Memastikan prasarana dan kemudahan latihan yang disediakan mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 5 pada skala 1-7 dalam penilaian kepuasan pelanggan.
- Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari lima (5) hari bekerja.
Pencapaian dan Pengiktirafan
ISO 9001:2015 | ISO 9001:2015 |
SIRIM | IQNET |