Pengenalan
  • Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep dan teori asas gender, kesaksamaan gender dan konsep-konsep yang berkaitan dengannya. Membincangkan kepentingan menggunakan lensa gender dalam tindakan dan amalan profesional, memahami wacana gender di peringkat antarabangsa, serantau dan domestik, serta membina kemahiran meneliti isu-isu spesifik seperti ekonomi, sosial dan politik menggunakan kerangka dan lensa gender.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk perkongsian maklumat, aktiviti berkumpulan, ceramah, perbincangan, tayangan video/ audio, aktiviti interaktif, perkongsian pengalaman, tayangan filem dan pembentangan oleh peserta.
Kandungan Kursus
  1. Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
  2. Teori Gender Daripada Sudut Sejarah dan Pelbagai Disiplin
  3. Gender, Jantina dan Konsep-konsep yang berkaitan Kesaksamaan Gender
  4. Diskriminasi Gender, Pemerkasaan Wanita dan Gadis
  5. Perkongsian Pengalaman: Kes Diskriminasi Gender di Malaysia
  6. Kesaksamaan Gender dalam Wacana Antarabangsa dan Serantau
  7. Dasar Wanita Negara dan Dasar-Dasar Sensitf Gender di Malaysia
  8. Menggunakan Lensa Gender dalam Analisis Isu
Kumpulan Sasar

Terbuka kepada Pegawai Kumpulan Profesional termasuklah penggubal dan pelaksana dasar dalam sektor awam, pihak pengurusan dalam sektor swasta dan pemberi khidmat dan penyedia program daripada organisasi bukan kerajaan.

Tempoh Kursus

24 Jam

Yuran

RM 30