- Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai sempadan profesional dalam praktis kerja sosial dan juga memahami secara terperinci kaedah dan kemahiran menguruskan kes pelanggaran sempadan profesional.
Kandungan Kursus
- Pengenalan sempadan profesional
- Membina hubungan profesional
- Sempadan profesional dan undang-undang
- Pelanggaran sempadan profesional
- Mengekalkan sempadan profesional dalam praktis kerja sosial
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
24 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan Model PAP secara menyeluruh dan penggunaannya dalam penyelesaian sesuatu kes. Di akhir kursus, peserta dapat memahami tentang tahap-tahap dalam Model PAP serta bagaimana mengaplikasikannya dalam praktis.
Kandungan Kursus
- Pengenalan kepada Model PAP
- Pengenalan dan Aplikasi Teori Sosial dalam Model PAP
- Tahap 1 : Persepsi
- Tahap 2 : Pentaksiran
- Tahap 3 : Persoalan
- Tahap 4 : Pernyataan Awal
- Tahap 5 : Perancangan
- Tahap 6 : Intervensi
- Tahap 7 : Penilaian
- Aplikasi Model PAP
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
Tempoh Kursus
26 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
- Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penjelasan secara menyeluruh tentang teknik pengendalian siasatan, penyediaan kertas siasatan dan minit mengikut standard yang betul serta meningkatkan kecekapan peserta menjalankan siasatan ke atas Taman Asuhan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] dan Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506].
Kandungan Kursus
- Sistem Perundangan Malaysia
- Etika dalam Mahkamah
- Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984; dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012
- Akta Pusat Jagaan 1993 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994
- Garis Panduan Siasatan TASKA dan Pusat Jagaan
- Penyediaan Kertas Siasatan (Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984) (Akta Pusat Jagaan 1993) (Kanun Tatacara Jenayah)
- Penyediaan Kertas Siasatan (Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984) (Akta Pusat Jagaan 1993) (Kanun Tatacara Jenayah)
- Kanun Tatacara Jenayah
- Persediaan Mock Trial
- Ujian Pemahaman Pegawai Penyiasat
- Mock Trial Bersama Pegawai Pendakwa
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
Tempoh Kursus
72 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 50.00
- Kursus ini bertujuan untuk memahami kepentingan psikoterapi NLP untuk mempertingkatkan diri dari aspek pemikiran, emosi, komunikasi serta hubungan dengan masyarakat agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan terutama dalam konteks kerja sosial.
Kandungan Kursus
- Pengenalan NLPt
- Model Psikologi Potensi Diri Insan
- Ilmu asas sebagai NLPt (Mental & Emotional Diagnosis)
- Sistem komunikasi ahli terapi NLPt dan klien
- Terapi NLPt 1 (Relationship Therapy)
- Terapi NLPt 2 (Forgiveness Therapy)
- Terapi NLPt 3 (Hypnotic Relaxation Therapy)
- Terapi NLPt 4 (Conflict Therapy)
- Ujian Pentauliahan NLPt
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
18 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
- Bengkel ini bertujuan untuk memahami definisi dan bentuk gangguan seksual berdasarkan peruntukan undang-undang serta peraturan untuk menangani gangguan seksual. Mengetahui kaedah dan langkah yang perlu diambil untuk menangani gangguan seksual.
- Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz dan kajian kes.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Pengenalan kepada Gangguan Seksual
- Peruntukan Undang-Undang/ Peraturan/ Akta/ Pekeliling berkaitan Gangguan Seksual
- Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840]
- Kesan Gangguan Seksual ke atas Individu/ Keluarga, Organisasi dan Masyarakat
- Tindakan dan Langkah yang Perlu diambil oleh Mangsa
- Pembentangan Kumpulan dan Ulasan
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada individu yang berminat
Tempoh Kursus
16 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
Percuma
- Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas kaunseling dalam menyampaikan perkhidmatan menolong secara profesional dan berkesan di samping menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses membantu sesama manusia.
- Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz, role play atau simulasi dan flash card.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling (Kemahiran Menolong)
- Fasa dan Proses dalam Kaunseling
- Kemahiran Komunikasi
- Kaedah Menolong
- Aplikasi Kemahiran Asas Menolong
- Bimbingan Kelompok
- Prinsip dan Etika Kaunseling
- Teori – Teori Asas Kaunseling
Kumpulan Sasar
Terbuka
Tempoh Kursus
18 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
- Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas kaunseling dalam menyampaikan perkhidmatan menolong secara profesional dan berkesan di samping menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses membantu sesama manusia.
- Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz, role play atau simulasi dan flash card.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling (Kemahiran Menolong)
- Fasa dan Proses dalam Kaunseling
- Kemahiran Komunikasi
- Kaedah Menolong
- Aplikasi Kemahiran Asas Menolong
- Bimbingan Kelompok
- Prinsip dan Etika Kaunseling
- Teori – Teori Asas Kaunseling
Kumpulan Sasar
Terbuka
Tempoh Kursus
18 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30
- Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung:
- konsep, makna, tujuan, peranan dan tanggungjawab serta syarat-syarat dan persediaan yang diperlukan untuk menjadi sukarelawan yang baik dan berkesan;
- melatih peserta untuk mengenal diri, memahami komuniti dan persekitaran, serta cabaran yang harus dihadapi dan bagaimana menanganinya;
- merangsang peserta untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan ilmu serta kemahiran yang bersesuaian; dan
- mendedahkan peserta kepada aktiviti kerja sukarela yang berkaitan dengan kumpulan sasar Kementerian dan melatih peserta untuk menyediakan laporan bagi kerja-kerja sukarelawan.
- Kaedah bengkel adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam
kumpulan, pembentangan, tayangan video/ audio dan kuiz.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Pengurusan dan Pembentukan Keupayaan
- Silang Budaya, Agama dan Kumpulan Rentan
- Pengurusan Mesyuarat dalam Kerja Kesukarelawanan
- Jaringan Hubungan
- Memenangi Hati Kumpulan Sasar
- Pengurusan Stres
- Pengetahuan Perundangan - Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas
- Pengurusan 4K (Keselamatan, Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan)
- Kemahiran Penyediaan Kertas Kerja
- Pengurusan Konflik
- Pemerkasaan Komuniti
- Minda Agen Perubahan Set
- Kemahiran Advokasi
- Kerja Lapangan dan Pembentangan Kumpulan
- Penulisan Laporan
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada mereka yang telah menghadiri Bengkel Sukarelawan Jiwa Malaysia.
Tempoh Kursus
46 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
Percuma
- Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang krisis/bencana serta isu-isu kesihatan mental dan cara mengaplikasi prinsip tindakan Bantuan Awal Psikologi (PFA) dalam membantu mangsa krisis/bencana dalam komuniti. Peserta dapat mempelajari cara mempraktiskan penjagaan kendiri apabila membantu orang lain dan menilai tahap keseriusan gangguan yang dialami oleh mangsa semasa krisis/bencana.
Kandungan Kursus
- Ujian Pra PFA dan ice breaking
- Pengenalan krisis dan bencana di Malaysia
- Isu-isu kesihatan mental dan impak ke atas mangsa
- Kemahiran asas menolong dalam krisis
- Bantuan Awal Psikologi (Psychological First Aid) PFA
- Penilaian dan pentaksiran krisis: Berdasarkan ALGEE/ TAS/ DASS
- Intervensi krisis dan trauma
- Pengendalian sesi kelompok
- Simulasi senario kes
- Penjagaan kendiri (Self care)
Kumpulan Sasar
- Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat
- Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
- Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tempoh Kursus
24 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30.00
- Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai penjagaan asas terhadap warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak - kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan serta memberi pemahaman dan pengetahuan mengenai keperluan kesihatan, pemakanan dan komunikasi dengan warga emas, OKU, kanak-kanak dan pesakit kronik terlantar yang berada di pusat jagaan.
- Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dan pembentangan, tayangan video, role play atau simulasi dan latihan praktikal di lapangan.
Kandungan Kursus
- Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
- Pengenalan tentang Pusat Jagaan Kanak-Kanak Remaja, Wanita, OKU dan Warga Emas
- Peranan dan Tanggungjawab Pengendali Pusat Jagaan
- Pematuhan Terhadap Akta dan Peraturan berkaitan Perkhidmatan Pusat Jagaan
- Pengurusan dan pengendalian rutin harian di pusat jagaan
- Pengurusan dan Pengendalian Aktiviti Perkembangan, Pembelajaran, Kemajuan, Pemulihan, Persidangan Kes dan Intervensi Penghuni di Pusat Jagaan
- Pengendalian Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan dan Keceriaan (4K) di Pusat Jagaan serta Pengurusan dan Pengendalian rekod-rekod di Pusat Jagaan
- Pengurusan dan pengendalian Aktiviti Fisio dan Regangan Anggota di Pusat Jagaan OKU dan Warga Emas
- Praktikal Pengajaran Rutin Harian di Pusat Jagaan dan Pengurusan (Kerja Lapangan)
- Pembentangan kumpulan
Kumpulan Sasar
Terbuka kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sukarelawan khidmat bantu di rumah dan individu yang berminat.
Tempoh Kursus
26 Jam
Maklumat Urusetia
Yuran
RM 30