Ruang Bacaan
Kapasiti ruang bacaan boleh menampung seramai 50 orang pembaca dalam satu-satu masa.
Bilik Perbincangan
Pusat Sumber menyediakan satu bilik perbincangan yang boleh menampung pengguna sehingga 10 orang dalam satu-satu masa. Bilik perbincangan ini boleh digunakan dengan mengisi borang permohonan/tempahan bilik yang disediakan.
Sudut Hipermedia / IT
Pusat Sumber menyediakan sebanyak 6 buah komputer untuk kemudahan pengguna dan peserta kursus ISM.
Internet/Wifi
Kemudahan ini disediakan untuk mengakses maklumat secara percuma kepada semua pengguna Pusat Sumber ISM.
Perkhidmatan Mencetak dan Fotokopi
Perkhidmatan mencetak dan fotokopi merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sumber ISM untuk pengguna-penggunanya mengikut kadar caj yang telah ditetapkan.