Katalog Atas Talian / Online Public Access Catalog (OPAC)
Pusat Sumber ISM menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan EKCMS yang menggunakan OPAC sebagai platform untuk memudahkan pengguna dan warga ISM membuat pencarian bahan yang terdapat di Pusat Sumber ISM walau di mana berada melalui Laman Portal Rasmi Perpustakaan KPWKM dan ISM di pautan https://library.kpwkm.gov.my
Portal u-Pustaka PNM
Perkhidmatan u-Pustaka merupakan perkhidmatan perpustakaan dalam talian yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di www.u-pustaka.gov.my. Warga ISM boleh mengakses buku audio, buku, majalah dan surat khabar digital secara percuma dengan mendaftar sebagai ahli u-Pustaka.