Pengenalan

Kluster Pembangunan Rundingan Sosial (KPRS) berfungsi dalam melaksanakan pelbagai kursus / bengkel / seminar dalam bidang pembangunan sosial dan kemasyarakatan kepada penjawat awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sukarelawan, masyarakat awam serta individu yang berminat.

Selain menganjurkan pelbagai kursus / bengkel berkaitan, KPRS juga menganjurkan pelbagai seminar secara dalam talian.

Pengenalan

Kluster Pembangunan Kerja Sosial (KPKS) berfungsi merangka dan menetapkan halatuju program pembangunan kompetensi dalam bidang kerja sosial untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pegawai skim Sosial daripada lain-lain agensi/jabatan yang berkaitan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam bidang kerja sosial.

Selain melaksanakan latihan pembangunan kompetensi dalam bidang kerja sosial, KPKS juga menganjurkan program pensijilan profesional, seminar dan persidangan bagi peningkatan pengetahuan serta rundingan berkaitan latihan yang disediakan.