Kajian Penilaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Hasil kajian ini dilihat memberi implikasi bukan sahaja untuk memperkasa dan penambahbaikan program-program bantuan kebajikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kepada golongan sasar di masa akan datang, malah input kajian ini dilihat bermanfaat dalam membekalkan sumber maklumat penting kepada KPWKM ke arah perancangan pelan strategik bantuan jangka panjang yang bersesuaian. Hasil kajian ini juga memberi implikasi terhadap penilaian keberkesanan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyediakan bantuan kepada golongan sasar.