Kursus Kemahiran Kerja Kes Kumpulan

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep dan teknik kemahiran dalam praktis kerja kumpulan kepada pengamal sosial dan pekerja sosial di mana mereka akan dapat mempelajari dan memahami jenis-jenis kumpulan dan peranan pekerja sosial serta tahap-tahap perkembangan kerja kumpulan.

Kemahiran Kerja Kes Individu

Kursus Professional Boundaries for Social Worker

Pengurusan Kesejahteraan Psikososial Komuniti

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan tentang krisis/bencana serta isu-isu kesihatan mental dan cara mengaplikasi prinsip tindakan Bantuan Awal Psikologi (PFA) dalam membantu mangsa krisis/bencana dalam komuniti. Peserta dapat mempelajari cara mempraktiskan penjagaan kendiri apabila membantu orang lain dan menilai tahap keseriusan gangguan yang dialami oleh mangsa semasa krisis/bencana.
     

Psychological First Aid (PFA)

  • Psychological First Aid (PFA) adalah satu intervensi sokongan yang digunakan akibat bencana, krisis atau keganasan. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam membantu menyampaikan perkhidmatan, bantuan praktikal dan sokongan sosial kepada individu/klien. 

Kursus Penyeliaan Kerja Sosial

  • Kursus ini memperkenalkan konsep penyeliaan kerja sosial yang berstruktur di mana peserta akan didedahkan kepada peranan penyelia, jenis penyeliaan, kemahiran penyeliaan dan gaya penyeliaan. Melalui kursus ini, peserta dapat mengetahui dan mengaplikasi peranannya samada dalam penyeliaan praktis, penyeliaan pengurusan atau penyeliaan profesional.

Kursus Professionally Accountable Practice (PAP) Model

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan Model PAP secara menyeluruh dan penggunaannya dalam penyelesaian sesuatu kes. Di akhir kursus, peserta dapat memahami tentang tahap-tahap dalam Model PAP serta bagaimana mengaplikasikannya dalam praktis. 
     

Kursus Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial

  • Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta tentang Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial. Piawaian ini terdiri daripada enam Kompetensi Generik dan empat Kompetensi Spesifik  yang diperlukan oleh pekerja sosial yang kompeten.

Kursus Pemahaman Teori-Teori Sosial