Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 2)
- Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 1). Dalam kursus ini peserta akan dilengkapi dengan kemahiran lanjutan berkaitan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk berkomunikasi dan menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di samping mewujudkan persekitaran sosial dan masyarakat yang inklusif.
- Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, tutorial, kerja kursus kumpulan dan kuiz.