Kepekaan Gender (Awam)

  • Kursus ini akan dibahagikan kepada dua tahap. Tahap pertama memperkenalkan peserta kepada konsep gender. Tahap kedua meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan perspektif gender melalui fokus kepada isu terpilih:-
    • Kluster A: Gender dan Kesejahteraan Sosial
    • Kluster B: Gender dan Pemerkasaan Ekonomi
    • Kluster C: Gender dan Kemahiran Kendiri
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, perbincangan dalam kumpulan dan tayangan video/ audio.

Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 2)

  • Kursus ini merupakan kursus lanjutan daripada Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 1). Dalam kursus ini peserta akan dilengkapi dengan kemahiran lanjutan berkaitan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) untuk berkomunikasi dan menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di samping mewujudkan persekitaran sosial dan masyarakat yang inklusif.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, tutorial, kerja kursus kumpulan dan kuiz.

Bahasa Isyarat Malaysia (Asas Tahap 1)

  • Kursus ini memperkenalkan ilmu asas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai asas untuk berkomunikasi dan menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran di samping mewujudkan persekitaran sosial dan masyarakat yang inklusif.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, penerangan, latih amal, praktikal, rakaman video kerja kursus dan kuiz.

Kursus Asas Kemahiran Psikososial

  • Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas kaunseling dalam menyampaikan perkhidmatan menolong secara profesional dan berkesan di samping menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses membantu sesama manusia.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz, role play atau simulasi dan flash card.

Kursus Asas Kemahiran Psikososial

  • Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu asas kaunseling dalam menyampaikan perkhidmatan menolong secara profesional dan berkesan di samping menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dalam proses membantu sesama manusia.
  • Kaedah kursus adalah dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan, tayangan video/ audio, kuiz, role play atau simulasi dan flash card.

 

Laporan Tahunan ISM 2023

Penerbitan ini merupakan medium untuk melaporkan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan setahun yang lalu di ISM. Laporan ini diterbitkan setahun sekali, dan juga bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh mengenai prestasi, pencapaian, dan keadaan kewangan ISM sepanjang tahun tersebut.

Kajian Mengenai Sistem Sokongan kepada Penjaga Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia

Objektif utama kajian adalah untuk merangka dan  membangunkan pelan tindakan sistem sokongan yang komprehensif bagi penjaga OKU  berdaftar. Kajian ini melibatkan sampel seramai 2,333 orang penjaga tidak formal yang merangkumi kesemua tujuh kategori OKU. Kajian sampel penjaga formal (pusat jagaan OKU),  melibatkan 213 buah pusat jagaan yang terdiri daripada 162 pusat Pemulihan Dalam  Komuniti, tujuh Taman Sinar Harapan, 27 pusat jagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 13 pusat jagaan swasta dan empat pusat jagaan persendirian.