Pengenalan

Kluster Penyelidikan dan Pembangunan (KPP) berperanan untuk merancang, menyelaras dan mengendalikan penyelidikan berkaitan sosial dan pembangunan sosial.

Selain itu, KPP menyelaras penyelidikan yang dijalankan in-house seperti kajian tinjauan berkaitan kumpulan sasar KPWKM dan berperanan memberikan bantuan khidmat nasihat kepada bahagian/kluster/unit lain dalam aspek melibatkan penyelidikan. Hasil dapatan kajian akan diselaras dan disebar luas bagi membantu pembuatan dasar dan polisi semasa negara.

Kluster ini juga berfungsi sebagai one-stop center (Pusat Kecemerlangan atau Pusat Rujukan / Khidmat Nasihat) yang diwakili oleh ahli-ahli akademik dan panel pakar rujuk yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam dasar dan pembangunan sosial. Ini termasuk sesi perkongsian ilmu menerusi bench-marking dan best practices untuk menjana dan mengembangkan idea-idea baru berkaitan dasar dan pembangunan sosial.

 


Carta Organisasi


Fungsi Kluster

  1. Menjalankan penyelidikan berkaitan isu, dasar dan pembangunan sosial yang melibatkan kumpulan sasar utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);
  2. Menyelaras, mengurus setia dan menjalankan penyelidikan dalam bidang sosial melalui kaedah pelantikan perunding;
  3. Mengadakan kolaborasi strategik dengan institusi pengajian tinggi awam dan institusi swasta khusus dalam bidang penyelidikan isu dan pembangunan sosial kumpulan sasar Kementerian; dan
  4. Menyediakan input teknikal untuk media dan agensi berkaitan, penyediaan Nota Jemaah Menteri (NJM) / Memorandum Jemaah Menteri (MJM), jawapan parlimen, laporan dan kenyataan negara.

     


Senarai Kajian di bawah Kluster